Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

07.11.19 Lawatan Ke Bangunan Dewan Majlis

Hari Khamis, 7 November 2019, Bangunan Dewan Majlis – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat hari ini telah menerima lawatan dari rombongan perwakilan-perwakilan luar negara ke Negara Brunei Darussalam.

Lawatan 71019.jpeg

Lawatan dimulakan dengan taklimat dan penerangan mengenai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.  Taklimat tersebut juga menyentuh mengenai cara-cara dan prosedur perundangan dalam meluluskan sebuah Rang Undang-Undang sebelum dijadikan Akta.

Selain daripada menyaksikan video korporat Jabatan, rombongan juga berpeluang untuk membuat lawatan ke Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara iaitu tempat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara diadakan setiap tahun bagi membincangkan belanjawan tahunan Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Lawatan 71019(1).jpeg

Melalui lawatan tersebut, diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada rombongan mengenai Jabatan tersebut secara lebih meluas, di samping memberikan pendedahan kepada rombongan mengenai perjalanan Majlis Mesyuarat Negara yang diadakan pada setiap tahun.

Attachments