Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

14.11.19 Lawatan CPPCC Ke Majlis Mesyuarat Negara

Hari Khamis, 14 November 2019, Bangunan Dewan Majlis (Jalan Dewan Majlis) – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat hari ini telah menerima kunjungan dari Tuan Yang Terutama Mr. Quan Zhezhu, Standing Committee Member of the 13th National Committee of the Chinese People's Political Consultative Conference (CPPCC) dan Vice-Chairman of the Committee of Ethnic and Religious Affairs, CPPCC National Committee.  Turut menyertai Tuan Yang Terutama ialah rombongan seramai 5 orang terdiri dari Ahli-Ahli CPPCC National Committee dan Pegawai-Pegawai Kanan komiti berkenaan.  Lawatan diadakan pada petang tadi di Bangunan Dewan Majlis.

2.JPG

Hadir dalam mengalu-alukan rombongan tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat. 

1.JPG

Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat dan penerangan mengenai fungsi Majlis Mesyuarat Negara sebelum sesi lawatan ke Dewan Persidangan iaitu tempat bersidangnya Majlis Mesyuarat Negara setiap tahun bagi membincangkan perkara utama iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan bagi Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan Brunei Darussalam.  Melalui sesi taklimat dan lawatan tersebut adalah diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas dan meluas lagi mengenai perjalanan Majlis Mesyuarat Negara disamping memberikan pendedahan mengenai penglibatan-penglibatan Majlis Mesyuarat Negara dalam komitmen-komitmen antarabangsa seperti sebagai ahli penuh kepada organisasi ASEAN Inter-Parliamentary Assembly.

3.JPG

Lawatan tersebut menandakan hubungan baik antara kedua buah pihak.  Dewan komiti tersebut  sebelumnya juga pernah membuat lawatan ke Majlis Mesyuarat Negara.

Attachments