Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

27.11.19 Ahli MMN Menghadiri Program Lawatan ke Australia

Hari Rabu, 27 November 2019. Australia. – Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara telah menghadiri ASEAN Parliamentarians Study Visit  to Australia bermula pada 20 hingga 27 November 2019, bertempat di Australia.

 WhatsApp Image 2019-11-25 at 6.34.46 AM.jpeg

Parlimen Australia telah menjadi tuan rumah kepada delegasi-delegasi yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parliemen dari setiap negara anggota ASEAN bagi program tersebut sejak tahun 2012.  Sebahagian daripada program tersebut, perwakilan telah mengadakan sesi dialog dengan wakil dari semua peringkat kerajaan di Australia, khususnya anggota Parliamen Persekutuan (Federal Parliamentarians) bagi membincangkan isu-isu berkepentingan secara langsung kepada Ahli-Ahli.  Delegasi juga berpeluang meluangkan masa dalam proses pengundian Ahli-Ahli Parlimen di Australia dan memahami pengalaman kerja yang dijalankan oleh Ahli-Ahli Parlimen di negara tersebut.

 WhatsApp Image 2019-11-25 at 6.35.16 AM.jpeg

Program selama 8 hari tersebut juga membawa delegasi-delegasi melawat ke beberapa tempat di negara tersebut termasuk Melbourne, Canberra dan Sydney.

Attachments