Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

01.01.20 41 Terima Peralatan Persekolahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Seramai 41 orang anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan berusia antara 5 hingga 12 tahun, hari ini, menerima sumbangan berupa peralatan persekolahan bersempena musim persekolahan tahun 2020 yang bakal bermula esok.

Sumbangan berkenaan dihulurkan di bawah Projek Drop Box Kembali Ke Sekolah bagi 2020 yang diungkayahkan melalui kerjasama Biro Wanita dan Biro Ekonomi Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Kampung Panchor Mengkubau.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di sebuah rumah di Simpang 40 Jalan Bukit Sinadur, RPN Kampung Panchor Mengkubau di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Juga hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Panchor Mengkubau, Awang Helmy bin Haji Ahmad, timbalan pengerusi MPK serta ketua-ketua biro dan ahli-ahli MPK berkenaan.

Projek tersebut antara lain bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan memerlukan yang terdiri daripada anak-anak yatim dan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan yang menetap di RPN Panchor Mengkubau, setiap menjelangnya musim persekolahan.

Sejak projek itu dilancarkan pada 2016, ramai pihak yang terdiri daripada firma-firma kewangan, pertubuhan dan persatuan bukan kerajaan mahu pun orang ramai yang prihatin telah dan terus tampil menghulurkan sumbangan berupa kewangan serta peralatan sekolah.

 

(sumber berita: Media Permata)

Attachments