Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

14.03.20 Whole of Nation Approach perlu bagi tangani isu-isu memerlukan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Mac - Pendekatan 'Whole of Nation Approach' amat diperlukan bagi menangani isu-isu yang memerlukan koordinasi dan sokongan daripada berbagai-bagai pihak kerajaan juga bukan kerajaan, seperti isu pengangguran, menjana perekonomian dan seumpamanya. Untuk itu, kita mengharapkan pendekatan yang kita sering laungkan ini agar benar-benar dapat direalisasikan dan tidak akan memberhentikan mana-mana pihak untuk menanganinya. Rancangan- rancangan yang dikongsikan juga menunjukkan bahawa kita mempunyai impian dan inspirasi untuk merealisasikan Brunei Maju menuju Wawasan Brunei 2035.

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-16 Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 pada hari kelima diadakan pagi tadi.

''Marilah kita sama-sama melangkah ke hadapan dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang cemerlang lagi dihormati dengan ekonomi yang berkembang dan rakyat yang berkualiti dan bernilai tinggi. Dalam masa yang sama kita juga sentiasa perlu bijak menangani sumber yang sedia ada, di samping meraih peluang-peluang lain di hadapan kita baik dalam arena global serantau mahupun dalam negeri,'' tambah Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri seterusnya berkata, di mana pada Disember 2019 lalu, kita digegarkan dengan berlakunya insiden penularan wabak yang sekarang kita kenali sebagai COVID-19, di mana sehingga kini mengakibatkan beberapa kematian di beberapa buah negara yang terjejas teruk dengan wabak ini.

Jelas Yang Berhormat Menteri lagi, kita turut bersimpati dengan musibah yang dihadapi oleh negara-negara berkenaan, manakala di negara ini pula sejak 12 Mac 2020 hingga malam tadi, kita mengikuti perkembangan COVID-19 terkini di negara ini daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan dengan kedudukan pandemik COVID-19 di negara ini dan di dunia, kita berharap seluruh rakyat juga penduduk di negara ini akan mematuhi nasihat dan arahan Kementerian Kesihatan dan memikul tanggungjawab (social responsibility) masing- masing dalam usaha kita menghadapi wabak COVID-19 demi kebaikan, kesejahteraan dan keselamatan kita semua.


(sumber berita: Pelita Brunei)

Attachments