Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

14.08.20 MMN Hadiri Mesyuarat AIPA CAUCUS Ke-11

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 14 Ogos 2020 – Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari ini telah menghadiri sebuah mesyuarat secara dalam talian iaitu Mesyuarat ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) CAUCUS kali ke-11 dihoskan oleh Dewan Perwakilan Republik Filipina.  Tema mesyuarat kali ini ialah "We Heal as One: Parliamentary Cooperation Towards Mitigating Risks and Strengthening Economic Resilience in the Period of Pandemic".  Mesyuarat secara dalam talian tersebut berlangsung di Bilik VIP, Bangunan Dewan Majlis di Jalan Dewan Majlis.

WhatsApp Image 2020-08-14 at 10.03.53 AM.jpeg

Mesyuarat AIPA CAUCUS kali ini telah dihadiri oleh 8 buah negara Ahli AIPA termasuk Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.  Turut hadir, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar; serta Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @Sabli bin Haji Arsad dan Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman.

WhatsApp Image 2020-08-14 at 10.04.56 AM.jpeg

WhatsApp Image 2020-08-14 at 10.03.53 AM (1).jpeg

Mesyuarat AIPA CAUCUS ini telah membincangkan dan melaporkan perkembangan dan kemajuan implementasi resolusi-resolusi yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung AIPA kali ke-40 yang telah diadakan pada tahun lepas bertempat di Thailand.  Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman, telah membuat kenyataan mengenai perlaksanaan resolusi dibincangkan didalam Komiti Ekonomi, Sosial dan Parlimen Wanita AIPA yang menyasarkan kepada penglibatan kementerian-kementerian yang berkaitan dalam perkembangan dan pembangunan negara.

WhatsApp Image 2020-08-14 at 10.09.59 AM.jpeg

Perbincangan Mesyuarat AIPA CAUCUS kali ke-11 ini juga telah memfokuskan laporan dari setiap negara Ahli AIPA berkaitan dengan tema mesyuarat dan membincangkan peluang kerjasama di antara parlimen ke arah mengurangkan risiko dan mengukuhkan daya tahan ekonomi semasa menghadapi wabak Covid-19.  Secara amnya, kesemua negara Ahli AIPA bersetuju akan keperluan untuk sama-sama berjuang dalam memerangi wabak Covid-19 agar dapat mengurangkan impak terhadap ekonomi serantau.  Rantau ASEAN perlu menumpukan dan memanfaatkan teknologi dan perdagangan secara digital.  Negara Brunei Darussalam juga tidak terkecuali dalam menghadapi fasa ekonomi yang mencabar ini dan semenjak negara menerima kes pertama Covid-19, berbagai langkah dan polisi-polisi diperkenalkan untuk mengatasi krisis perniagaan, kebajikan rakyat dan institusi-institusi di negara ini.  

AIPA CAUCUS 5.jpeg

Mesyuarat AIPA CAUCUS kali ini telah meluluskan Laporan Rasmi Mesyuarat AIPA CAUCUS kali ke-11 dengan sebulat suara.  Laporan tersebut seterusnya akan dibawa untuk diluluskan semasa Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) kali ke-41 yang akan dihoskan oleh Viet Nam.


Attachments