Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

09.05.19 Majlis Bertahlil Di Kubah Makam Diraja

Hari Khamis, 9 Mei 2019, Bandar Seri Begawan – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Bertahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit diadakan oleh Majlis Mesyuarat Negara.  Majlis Bertahlil ini diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.  Turut hadir sama pada majlis ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara serta pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.  Majlis diadakan pada pukul 10:30 pagi.

WhatsApp Image 2019-05-09 at 10.41.48 AM.jpeg

Terdahulu, majlis tersebut didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Mudim Haji Amran bin Haji Md Salleh, Pegawai Masjid, Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

Majlis berkenaan merupakan kegiatan keugamaan jabatan yang diadakan setiap tahun bagi memohon kerahmatan kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah di samping mendapatkan pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Attachments